Nur Daniel Firdaus
“Syurga kamu terletak di bawah telapak kaki ibu kamu,” kata-kata cikgu Zairi masih segar dalam ingatanku seolah-olah baru sebentar tadi cikgu itu mengatakannya. Aku terdengar ayat itu ketika aku melintasi kelas yang diajar oleh cikgu itu.
“Daniel!”
Satu jeritan yang begitu kuat menerpa di telingaku. Termangu aku seketika. Aku pandang kiri dan kanan, suasana sunyi. Apa yang telah berlaku? Siapakah yang menjeritkan namaku sehingga nak runtuh bangunan ini? bisikku dalam hati. Libang-libu sebentar fikiranku menerewang ke sana ke mari dan akhirnya jatuh ke muka seorang lelaki melayu yang berdiri dihadapanku.
“Apa kamu buat malam tadi?” tanya cikgu Zairi.
Belum sempat aku menjawab, cikgu Zairi terlebih dulu memotong “Berapa orang anak yang awak kena jaga?”
“Pergi basuh muka awak,” tambah cikgu Zairi lagi.
Tanpa berlengah aku beredar ke tandas. Entah bila aku tertidur, aku sendiri tak sedar. Aku melihat wajahku di dalam cermin, Tersentap aku apabila ada satu tangan menepuk bahuku. Aku menoleh kearah tuan punya tangan. Farhan rupanya. Sepantas kilat aku membilas mukaku lalu beredar dari situ. Farhan mengingatkan aku akan sikap lama Khairil.
“Kenapa kau tenung wajah kau dalam cermin tu?” tanya Khairil hairan. “Muka kau dah cukup tampan. Tak ada cacat kat mana-mana pun,” tambahnya lagi.
“Ke kau dah jatuh cinta pada wajah kau sendiri?” kata Khairil sambil tertawa. Aku hanya memalingkan wajahku. Cepat-cepat aku bilas wajahku. Malas aku melayan kau, dia ni kalau masuk tandas tak lain tak bukan nak hisap rokoklah tu, bisikku.
“Opps sorry. Aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau,” kata Khairil. Kemudian dia mengeluarkan sebatang rokok dan pemetik api, lalu dia menyalakan rokoknya. Dia menyuakan sebatang lagi kepadaku, namun aku menolak.
“Jangan bagitahu cikgu tau,” kata Khairil sambil mengerdipkan mata kirinya. Aku hanya melemparkan senyuman plastik lalu keluar dari situ. Menjengkelkan.
Apabila aku sampai ke kelas, cikgu Zairi sudah tiada di dalam kelas. Kemanakah cikgu itu pergi? getus hatiku.
“Weh, kau kenapa?” tanya Khairul. Aku hanya menggelengkan kepala.
“Takkan la tak ada apa-apa. Jarang mamat handsome macam kau ni tidur dalam kelas,” sambung Khairul lagi.
“Tak ada apa-apa lah,” jawabku malas.
“Hmm… yelah tu. Entah kenapa jawapan kau tu tak meyakinkan aku. Tak apa lah kalau kau tak nak kongsi dengan aku. Aku pun tak nak paksa kau. Tapi kalau kau dah bersedia nak luahkan cari sahaja aku. Aku akan tolong kau setakat kemampuan aku. Sorrylah kalau aku ni hanya menyusahkan kau sahaja,” terang Khairul panjang lebar.
Aku berasa bersalah. Kecil hatikah dia? tanyaku dalam hati. Bukannya aku tidak mahu bercerita tetapi aku tak rasa aku perlu beritahu apa yang aku rasa sejak kebelakangan ini. Tergelak kecil aku.
“Kau gelakkan aku eh,” kata Khairul.
Aku hanya menggelengkan kepala. Segaris senyuman terukir di wajahnya yang tampan itu. Entah kenapa memori lama muncul di benak fikiranku. Selalunya apabila aku balik dari tandas, pastinya Khairul akan bertanyakan tentang kembarnya itu. Tapi kini tidak lagi.
“Eh, tadi dalam tandas kau nampak Khairil tak?” tanya Khairul. Aku hanya menganggukkan kepala.
“Dia buat apa? tanya Khairul lagi.
“Merokoklah tu,” kata Khairul sedikit tegas. Aku hanya senyum nipis.
“Bilalah dia nak berubah,” kata Khairul sayu.
Kekadang aku kesian melihat Khairul. Saban hari makan hati dengan perangai kembarnya itu. Kalau akulah sudah lama aku pulaukan si Khairil tu walaupun dia tu kembar aku. Tak sanggup aku mempunyai kembar yang hanya memalukan aku. Kenapalah kau nak hiraukan dia sedangkan dia tak pernah fikir perbuatan dia tu akan memalukan kau. Kenapa kau sanggup bersabar dengan sikap kembarmu itu. Hairan sungguh aku, mengapa kau sentiasa merisaukan dirinya sedangkan tidak pernah pula aku melihat kamu berdua bertegur sapa. Bisikku dalam hati.
“Hei, prince charming kau termenung apa lagi. Siapkan nota cepat nanti cikgu nak kutip. Kau jangan nak berangan lagi” kata Khairul.
Eh mamat ni. Bila masanya aku jadi prince charming pun aku tak tahu. Ikut sedap mulut je nak panggil aku macam tu, desis aku. Terkenang aku pada ibu apabila di gelar begitu.
Kring!!!
Akhirnya. Memang aku nanti-nantikan waktu rehat tiba. Dari tadi perut aku berkeroncong minta diisi. Aku segera ke kantin takut penuh. Sangkaanku tepat sekali. Aku berlalu pergi dengan perasaan hampa. Bukannya aku sombong atau tidak mahu bercampur tetapi aku tidak suka dengan keadaan begitu. Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi panjang yang terletak di wakaf. Urgh laparnya perutku, aku bermonolog dalam hati.
“Nah” kata Khairil, kemudian berlalu pergi setelah bungkusan plastik yang mengandungi tiga biji karipap itu bertukar tangan. Termangu aku sebentar.
“Eh, terima kasih,” laungku. Khairil hanya mengangkat tangannya sahaja.
Hairan aku dengan sikap Khairil yang bagiku sukar diramal. Katanya sudah insaf dan mahu berubah. Tapi kadang-kala dia masih lagi mengikut perangai lamanya, kadang-kadang tu baik tak bertempat. Haih, perasaan manusia … memang sukar diduga. Alangkah bagusnya jika aku mempunyai kuasa yang membolehkan aku membaca hati manusia. Aku mendongak ke langit. Keredupannya serta ketenangannya mengenangkan aku pada malam itu.
Pada malam itu, aku baru sahaja selesai mandi. Hati aku berkira-kira untuk terus terjun ke katil tapi niatku tidak kesampaian apabila telefon bimbitku berdering. Ada satu pesanan ringkas dari ibu. Ibu suruh aku bersiap? Kemanakah dia hendak membawaku? hatiku melonjak keriangan. Jarang sekali ibu ada masa untuk diluangkan bersamaku.
Pinn!!!
Aku meluru keluar dengan girangnya. Aku dapat melihat bibirnya mengukirkan senyuman. Aku masuk ke dalam kereta, tanpa menunggu panjang aku terus bertanyakan ke manakah destinasi yang akan di tuju dengan teruja sekali.
“Well, first of all we’ll go to church first. Then we’ll have dinner,” kata ibu sambil menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih.
“Is that ok with you?” tanya ibu apabila aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku hanya mengangguk lemah. Aku tidak terdaya untuk mengatakan tidak apabila melihat ibu begitu gembira.
Di sepanjang perjalanan aku hanya melemparkan pandangan kosong ke luar tingkap. Lalu aku menurunkan cermin kereta seluasnya. Angin dingin menerpa pipiku memberi ketenangan. Sungguh nyaman sekali. Aku mendongak ke atas melihat langit hitam yang terbentang luas seolah-olah tiada penghujungnya. Diterangi denggan cahaya bulan dan dihiasi pula dengan bintang-bintang yang berkelipan mencantikkan lagi panorama di waktu malam.
Aku sering tertanya-tanya siapakah penciptanya? Bagaimana mungkin dia menciptakan alam ini dengan begitu indah tanpa cacat cela. Tanpa aku sedari aku telah pun melangkah masuk ke dalam gereja. Aku membuntuti ibuku lalu duduk di sebuah kerusi panjang yang disediakan. Aku melihat ibu memejamkan matanya sambil menggumam sesuatu yang tidak boleh aku dengari. Aku melihat patung yang berdiri gah di depanku dengan pandangan kosong seperti kosongnya hatiku pada ketika itu. Adakah patung ini boleh mendengar serta menjawab segala persoalan yang berada di dalam fikiranku ini? bisikku pelahan.
Kemudian aku terbayang langit yang terbentang luas tadi lalu aku bertanya “Adakah kau yang menciptakannya? Bagaimana kau mampu menciptakannya?”
Namun tiada jawapan. Adakah dia tidak mendengar persoalanku kerana suaraku perlahan? bisikku dalam hati. Aku menoleh kembali kearah ibu. Sungguhku merindui untuk menatap wajahnya lama-lama. Apabila ibu sudah selesai dia menoleh kearahku sambil mengukirkan sebuah senyuman yang manis semanis madu.
“Come on let’s go” kata ibu ceria. Wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai olehnya. Aku tersenyum senang. Senyumannya itu menyerlahkan lagi kecantikkan wajahnya dan senyuman itu khas untuk diriku.
Aku tidak pernah rasa tersisih atau pun terpinggir walaupun ibu bukan ibu kandungku, namun dia menganggap aku seperti anak kandungnya sendiri. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap akan mencari masa untuk meluangkan masa bersama. Walau kadang-kala dia terpaksa memungkirinya, namun aku mengerti kerjayanya lebih memerlukan khidmatnya.
“Ok my little prince. What’s on your mind? Just tell me, I won’t be mad at you,” tanya ibu. Mungkin dia risau akan keadaanku.
“Nothing. I was so happy that you can spend your precious time with me this time,” kataku tanpa memandang kearahnya.
“Are you mad at me because I couldn’t make it last time?” soal ibu sedikit sayu. Luhur hati aku apabila mendengar dia berkata begitu.
“I’m sorry that I couldn’t be a better mom for you.” kata ibu. Aku menoleh ke arah ibu, aku terlihat deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu. Aku terdiam seribu bahasa. Sedikit kesal dengan kata-kataku sebentar tadi. Namun apakan daya perkara sudah berlaku. Tidak boleh ditarik balik walau dibayar dengan berjutaan ringgit sekali pun.
“I didn’t mean it that way. What I want to say is I’m happy that I be with you tonight. I’m sorry if there’s misunderstanding,” kataku untuk membetulkan salah faham ini. Aku membisu di sepanjang perjalanan.
“Okay naughty boy, we’re here,” kata ibu bersahaja.
Aku hanya memdiamkan diri tanda protes sambil mengembungkan kedua-dua pipiku. Ibu memandang kearahku lalu mencucuk-cucuk pipiku. Aku menoleh ke arah ibuku, tetapi tanpaku duga dicubitnya pipiku yang mulus ini. Deraian tawanya memecahkan kesunyian. Tanpa di undang aku juga tertarik untuk tertawa bersama. Ketawa kami bersatu membentuk satu irama yang mempamerkan kemesraan serta kasih sayang antara antara ibu dan anak.
“Daddy!” sedikit menjerit aku apabila melihat kelibat ayahku. Aku berlari anak meluru ke arahnya lalu memeluknya. Rinduku kini terubat. Bukan ibu sahaja bahkan ayah juga ada bersama.
Aku belum lagi membuat apa-apa pesanan tapi pelayan tersebut datang dengan menyorong troli yang agak sarat dengan makanan ke arah meja kami lalu menguntumkan senyuman ke arahku. Kemudian dia menghidangkan makanan di atas meja. Bulat mataku apabila melihat hidangan kegemaran aku dihidangkan di hadapanku.
Tak sabar rasanya hendak menerkam makanan yang ada dihadapanku ini. Tapi apa yang menarik perhatianku ialah hidangan yang masih dibiarkan tertutup serta kelakuan pelayan tersebut yang agak diluar kebiasaan. Alangkah terkejutnya aku apabila hidangan yang tertutup itu adalah kek hari jadiku.
“Happy Birthday!” ucap ibu dan ayah serentak.
“Thank you. Both of you. Thank you for always remembered my birthday,” kataku. Mataku berkaca. Aku telah cuba menahannya namun aku tidak terdaya melawannya. Laluku peluk ayahku untuk menyembunyikan tangisanku.
Kini semua itu tinggal kenangan manis tersemat kemas dalam kotak memoriku. Ayahku lumpuh seluruh bahagian kakinya manakala ibu pula kehilangan penglihatannya. Anehnya kemalangan yang menimpa mereka berlaku serentak tetapi di tempat yang berlainan. Pada masa yang sama juga aku mengalami mimpi ngeri dalam lenaku. Dan mimpi itu mula menghantui hidupku. Mimpi itu masih lagi segar dalam ingatanku.
Aku mimpi, aku berada di satu tempat yang gelap dan amat panas suhunya. Terlalu panas tidak tertanggung olehku. Dimanakah aku? Mana yang lain? Ibu? Ayah? bisikku dalam hati. Rasa takut mula menyelubungi diri. Tiba-tiba ada suara tangisan menerpa gegendang telingaku. Ku lihat sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa disitu kecuali aku.
Aku terdengar lagi suara tangisan itu. Bunyinya semakin nyaring. Aku menoleh ke kanan, ke kiri dan kemudian ke belakang. Namun tiada sesiapapun disekeliling aku. Akan tetapi, apabila aku menoleh ke depan . . . tempat yang gelap itu bertukar menjadi hamparan tanah gersang, langitnya bewarna merah kemerahan, dan aku terlihat ada manusia dihadapan sana. Ramai. Aku berasa lega kerana aku tidak lagi berseorangan. Tanpa berfikir panjang, aku mengatur langkah dengan pantas dan kemas menuju ke arah orang-orang itu. Tapi entah mengapa perjalanan yang pendek itu terasa seakan-akan panjang. Aku bermandi peluh sepanjang perjalanan, ditambah pula dengan keadaan suhunya yang bagiku amat panas.
Mataku terbeliak, terperanjat apabila melihat orang-orang itu didera dengan kejam. Ada yang dilibas dan dipukul dengan tali. Ada juga yang dicampakkan ke dalam api yang menjulang-julang tingginya tanpa rasa belas kasihan sedikit pun. Aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa. Deria pendengaranku tiada lagi berfungsi. Jantungku seakan-akan terhenti. Hanya mataku sahaja yang berfungsi melihat segala kekejaman ini. Tubuhku menggigil, menggeletar ketakutan.
Tetapi kini tidak lagi. Segala-galanya telah berubah. Khairul dan Khairil sudah berbaik semula dan merupakan sahabat karibku. Namun apa yang utama ialah mimpi ngeri tiada lagi berani singgah dalam lenaku. Kini aku telah pun memeluk agama Islam begitu jua dengan ibu dan ayahku. Ini semua berkat pertolongan Khairul dan Khairil dalam membantu aku menemui kebahagiaan yang mendamaikan. Iaitu ajaran agama Islam.
Kini namaku bukan lagi Daniel Connell Brian akan tetapi Nur Daniel Firdaus. Khairul menyarankan aku menggunakan nama Firdaus sebagai nama Islamku dan Khairil pula menyarankan aku meletakkan nama Nur dihadapan namaku itu. Kata mereka Nur membawa maksud cahaya, manakala Firdaus pula merupakan salah satu nama syurga. Nama Daniel pula aku kekalkan sebagai tanda kasihku pada ibu kandungku. Nama itu diberikan olehnya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pada hari pertama sebaik sahaja aku mengucap dua kalimah syahadah, malam itu aku diulit mimpi indah iaitu sebuah taman yang luas, dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang mengharumkan lagi tempat ini. Air sungainya yang sangat jernih sehingga menampakkan dasarnya yang cantik memukau mata. Di tambah pula dengan kepelbagaian jenis ikan yang menari-nari dengan gembira. Penghuninya pula murah dengan senyuman yang menenangkan jiwa dan wajah-wajah mereka bercahaya dan berseri-seri. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka.
Kring!!!
Tersentak aku dengan deringan nyaring loceng menandakan tamatnya waktu rehat.
“Woi, kau buat apa lagi kat situ. Termenung saja kerja kau hari ni. Macam dah tak ada kerja lain” jerit Khairul nyaring sambil berlari anak menuju ke arahku.
“Aku belum bekerja lagi masakan aku ada kerja lain. Akukan masih budak sekolah lagi. Biarlah aku termenung, mana tahu suatu hari nanti princess pujaan datang singgah dalam lamunan aku. Lagipun bukannya kena bayar, free of charge,” bidasku. Kemudian kami berdua tertawa sekali gus menarik perhatian mereka yang kebetulan lalu di kaki lima tersebut.
TAMAT
0 people(s) say that I'm cute and adorable ♥:
Post a Comment