Thursday 3 November 2011

Diari Ajaib - Puteri Belangkas VS Prince Twins

Part 1

     "Amboi, jauhnya termenung sampai aku masuk pun kau tak perasan" sergah Amirah. "Dah sampai mana? Korea?" tambahnya lagi sambil tersenyum. Aemi hanya tersengih sambil mempamerkan gigi arnabnya apabila Amirah menyebut negara Korea.

     "Yang kau tunjukkan gigi 'XL' kau dekat aku buat apa? Nak aku cabutkan ke?" tanya Amirah pura-pura marah. Apabila Amirah kata dia hendak mencabut gigi kesayangan Aemi, sepantas kilat kedua-dua tapak tangan Aemi menutup mulutnya. Amirah hanya tergelak dengan teletah Aemi yang macam budak-budak kecil itu.

     "Janganlah, nanti aku tak ada gigi..." kata Aemi sambil memandang kearah Amirah sambil tersenyum nakal. "... nak gigit kau" sergah Aemi sambil menerkam ke arah Amirah. Oleh kerana terlalu terkejut dengan tindakan Aemi yang menyerangnya secara tiba-tiba, Amirah melompat ke belakang lalu kepalanya terhantuk pada rak buku.

     "Adoi, kepala aku!" jerit Amirah menahan sakit sambil mengusap kepalanya. "Apa pasal kau tak tutup pintu rak ni?" marah Amirah sambil memandang ke arah Aemi.

     "Entah. Aku sendiri pun tak ingat bila aku ambil buku." jawab Aemi selamba.

     "Ergh, minah ni. Aku tengah marah dia lagi siram minyak dekat aku. Bukannya tahu nak pujuk." leter Amirah. "Cik Aemi, lain kali sila tutup pintu rak ini selepas mengambil buku. Haish, berapa kalilah aku nak ulang benda yang sama? " leter Amirah lagi.

      "Urgh, dah mula dah ceramah dia ni" gumam Aemi dalam hati.

      Aemi dan Amirah merupakan kawan baik sejak mereka tingkatan 3. Tambahan pula, mereka hidup berjiran. Jarak rumah Amirah hanya selang dua buah rumah dari rumah Aemi. Mereka bagaikan isi dengan kuku. Keakraban mereka menyebabkan mereka digelar belangkas. Di sekolah mereka terkenal dengan gelaran puteri belangkas.

      "Hey, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" sergah Amirah apabila melihat Aemi seperti endah tak endah dengan nasihatnya.

     "Aku bagi nasihat bukannya nak dengar. Nanti bila sendiri dah kena baru padan muka" omel Amirah.

     Buk. Kali ini siku Amirah pula yang terkena. Aemi hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak lama kemudian, boom. Disusuli pula dengan suara nyaring Amirah mengadu kesakitan.

     "Aemi!" jerit Amirah. "Macam mana kau susun buku-buku kau ni?!" bebel Amirah. Ketawa besar Aemi apabila melihat Amirah yang dihujani oleh timbunan buku.

     "Urgh, nasib baik la kau ni anak Dato' Hisham. Kalau la kau ni anak aku, dah lama aku tendang punggung kau" getus Amirah pelahan.

     "Ya, haelmoni. Kau mimpi apa datang rumah aku pepagi ini?" tanya Aemi.

     "Pagi?" tanya Amirah pada dirinya sendiri. "Err.. jam aku bermasalah ke? ... atau otak dia yang bermasalah? tambahnya lagi sambil mengelilingi Aemi.

     "Apa kes minah ni, tawaf aku pepagi ni?" Tanya Aemi pada dirinya sendiri.

     Mereka saling pandang antara satu sama lain. "Kau ni kenapa?" serentak kedua-duanya bertanyakan soalan yang sama.

     "Eh aku pula yang kena? Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu. Dah la datang rumah aku pepagi, kemudian pusing kelilingi aku pula. Kau ingat aku ni apa? Bumi?" tanya Aemi bertalu-talu.

     "Wahai Cik Aemi yang cantik, kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" tanya Amirah menahan marah.

     "Pukul berapa?" tanya Aemi kembali.

     "Sekarang ni sudah pukul 1.30 petang. Dah petang dah sayang, pagi kebendanya lagi." kata Amirah. Kali ni dia meninggikan suaranya sedikit.

     "Hah? 1.30?" tanya Aemi seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru di dengarinya. Dia berlari anak ke meja belajarnya untuk melihat jamnya.

     "Yup. Satu setengah, faham." kata Amirah. Kemudian Amirah melihat semula jam tangannya. Dia juga seolah-olah tidak percaya. Kedua-dua mereka pandang antara satu sama lain setelah melihat jam masing-masing.

     "Argh~" kedua-duanya menjerit.

     "Aku  pergi dulu" kata Aemi sambil mencapai tuala. "Eh, kemana pula la minah ni" desis Amirah.

     "Kau nak kemana?" tanya Amirah.

     "Kemana lagi. Pergi mandi la" kata Aemi.

     "Kau tak mandi lagi?" tanya Amirah sambil membutangkan matanya. Aemi hanya tersenyum.

10 minit kemudian Aemi keluar bilik air. Sambil dia mengeringkan rambutnya dia menonton televisyen. "Minah ni ingat lagi ke tak, yang hari ni kita kene pergi jumpa Fahmi dengan Fakri" tanya Amirah kepada dirinya.

   bersambung...
Thanks For Read, Feel Free to Leave Your Comment Down Here.

0 people(s) say that I'm cute and adorable ♥:

Post a Comment

THIS BLOG WAS FULLY DESIGN BY AEMI KHALIDA. ALL COPYRIGHT RESERVED BY AEMI KHALIDA